Tuesday, May 11, 2010

Generasi Baru

Salam semua,

Setelah lebih satu tahun aku berkecimpung dalam dunia latihan, banyak pengalaman yang ku perolehi. Pelbagai perkara ku pelajari...budaya masyarakat, bahasa, hubungan persahabatan, membentuk semula generasi bakal pemimpin masa depan, memahami tingkahlaku remaja dan pelbagai lagi.

Banyak tempat yang tidak pernah kukunjungi kini dapat kulawati. Tuaran, salah satu tempat yang amat indah pemandangannya. Bachok, walaupun ini kali pertama aku menjejakkan kaki di sini tetapi kemesraan masyarakatnya membuat hatiku berbunga gembira.

Bagi ku latihan yang kuberi kepada generasi muda ini bukan untuk mengajar tetapi lebih kepada perkongsian. Mereka dilatih dengan pelbagai kemahiran...kemahiran berbahasa Inggeris, kemahiran pengurusan projek, penyelesaian masalah, penampilan profesional dan lain-lain lagi. Kemahiran ini mungkin sukar untuk diperolehi semasa mereka berada di universiti. Inilah peluang untuk memantapkan personaliti dan kredibiliti mereka.

Satu kepuasan bagiku kiranya mereka dapat apa yang hendak kusampaikan. Seboleh mungkin aku cuba untuk menambahbaik personaliti mereka. Aku cuba berkongsi sebaik mungkin. Aku mengharapkan agar generasi ini mampu untuk menaikkan semula kehebatan peribumi. Itulah harapanku. Kepada semua peserta yang pernah ku latih...' good luck and all the best to all of you'. Semoga kalian mampu bersaing diluar sana....

No comments:

Post a Comment