Friday, November 19, 2010

Aidiladha 1431

Salam Aidiladha buat semua..

Hari Raya Aidiladha kembali lagi, syukur kami masih dapat meraikannya. Namun, kali ini pertama dalam sejarah hidupku meraikan hari raya ini di rumah sendiri tanpa bersama orang tua ku. Kebiasaannya, setiap kali raya haji ini, memang giliran menyambutnya bersama ibu bapa ku. Cuma kali ini atas sebab yang tidak dapat dielakkan kami hanya beraya sendirian. Mertuaku juga tiada...ibu mertua telah kembali ke rahmatullah manakala bapa mertua pula 'balik ke bandar' beraya bersama ipar duaiku disana. Awalnya memang kami merancang untuk beraya bersama di bandar kerana rumah ibu bapaku tidak jauh dengan kediaman ipar duaiku tapi seperti ku katakan tadi, kami hanya merancang, Tuhan yang menentukan.

Aku memasak ala kadar sahaja. Cukup untuk merasakan hari ini adalah hari raya...rendang ayam (resepi ibu mertuaku) dan ketupat segera. Selepas solat raya kami ke rumah bapa mertua ku kerana ada 2 orang adik ipar bujang yang menjaga rumah. Setelah siap menyediakan juadah, aku ke rumah makcik suami ku yang ku panggil mak long yang terletak bersebelahan dengan rumah mertuaku. Terasa juga suasana hari raya, kemudian atas jemputan teman baikku, aku ke rumah ibunya di Telok Mas. Seronok rasanya, sambil makan ketupat dengan sambal udang pucuk tauhu kami berbual panjang. Lebih kurang jam 12.00 tgh kami pulang ke rumah kerana ada tetamu yang hendak datang. Tapi tunggu punya tunggu...tak muncul2.

Serba ringkas kami meyambut hari raya ini. Walau apapun kami tetap bersyukur...