Esok 27 Mac 2010 (hari lahir anak ku, Al-Akmal), aku akan ke Kedah jam 7.00 pagi selama seminggu. Kerisauan melanda jiwa ku...bagaimana babah (bapa mertuaku) nak ke hospital. "Su jangan risaukan babah, tahulah babah. Su buat training tu baik2.." Babah seolah faham apa yang bergolak dihatiku...Jam ditangan telah menunjukkan hampir 7.00 malam. Aku masih dihospital. Ketiadaan aku akan menyukarkan babah untuk ke hospital bagi menjaga ibu mertuaku yang sedang sakit. Jadual menghantarnya waktu pagi jam 6.45 pagi, tengahari dan petang setiap hari kecuali weekend, semuanya aku uruskan. Tapi dalam kesibukan ku menguruskan hal2 rumahtangga dan biz ku, masih ada ruang untuk membantu babah. Aku redha dan cuba membantu semampuku.
Baru setapak aku keluar dari Wad 1, dimana ibu mertuaku ditempatkan, seorang doktor datang lalu memaklumkan bahawa ibu mertua ku perlu dibawa segera ke Hospital KL kerana terdapat air berkumpul dikepalanya....Ya Allah, piluku mendengarnya...lalu aku bergegas balik bersama babah. Babah bersiap secepat mungkin untuk menemani ibu yang separa koma ke HKL menaiki ambulan. Jam 7.40 mlm aku tiba semula ke Hospital bersama mansor (suamiku), babah dan nazwan (adik iparku). Aku terus menuju ke katil ibu mertuaku. Ku renung wajahnya...ntah kenapa wajahnya mcm menunjukkan yang dia semakin baik....tidak berkerut seperti biasa seolah menahan kesakitan..."mak...jap lagi mak kena gi HKL..babah temankan. Mak jangan risau ye...mak ingat Allah ye.." kata ku kepada ibu mertuaku. Memang dia tidak boleh berkata2 tp malam itu aku tau dia nampak ku dengan jelas dan dengar apa yang kukatakan padanya. Aku nampak matanya mengikut pergerakanku. Tapi kenapa pandangannya sayu.....kupegang tangannya seolah tidak mahu melepaskan dia....
Lebih kurang jam 9.00 malam... mereka bergerak bersama seorang doktor dan seorang jururawat. Ku lihat sehingga ambulan hilang dalam pandanganku....
Jam 9.30 pagi (Sabtu) aku memulakan perjalanan ke Kedah bersama jiranku, Ila. Sepanjang perjalanan kami berbual. Pelbagai topik kami sentuh. Itulah kami. Kami sempat menjengok mak dan abah aku di Sg Buloh. Lepas sedikit rasa rinduku pada mereka. Jam 6.50 petang, akhirnya kami sampai di Harvard...Harvard Suasana Hotel... Training di sini ok..cuma tidak seperti sebelumnya... Walau bagaimanapun participant memang best. I luv u all. Mereka memang sporting dan nampak ada usaha untuk berubah. Syabas n good luck to Halal Food Co.
Tamat training hari kedua...aku terima panggilan daripada suamiku...mak tenat...aku panik seketika...perasaanku tak tentu arah. Apa harus ku lakukan...macam mana nak balik? Aku bingkas bangun lalu mengambil wuduk dan membaca surah Yassin. Lebih kurang jam 7.10 malam, mansor telefon aku...dalam sebak memberitahuku...mak dah tiada. Innalillah...mak pergi jua... Rakan2 trainer Ila dan Hj Syukri menemani aku sehingga ke Kuala Kangsar manakala En Rizal dan Mansor menuju ke utara mengambilku. Aku tiba di Melaka jam 3.30 pagi. Arwah mak telah ada di rumahnya. Aku terus menuju ke arahnya. Berdebar aku membuka kain yang menutupinya. Aku pasrah...mak..mak..mak... Wajahnya seperti wajah yang selalu ku lihat diwaktu dia sihat. Sedikit senyuman terukir dibibirnya. Aku tidak mampu menahan airmata.
Walaupun aku hanya menantunya, tapi aku diberi peluang memandikannya. Kuusap perlahan-lahan jasadnya. Mak....
Jam 11.00 pagi 30 Mac 2010, ibu mertuaku selamat dikebumikan. Terlalu banyak budi ibu mertuaku kepada ku. Tidak pernah ku jumpa insan sepertinya. Aku amat merinduinya. Belum sempat aku membalas budi baiknya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan menempatkannya dikalangan orang-orang yang beriman....Amin.
Semoga mak ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin.
ReplyDelete