Thursday, September 30, 2010

Anak-anakku

Baru-baru ini sekolah agama anakku mengadakan majlis sambutan hari raya. jadi, pelajar diminta memakai baju raya ke sekolah. Dua orang anakku pun sibuk bersiap dan sempat bergambar dengan gaya tersendiri.


An-Nur Tasnim


Muhammad Al-Akmal


Adik n Abang

Amboi!


Gambar ini diambil setelah Tasnim sampai di rumah dengan berita gembiranya. Dia mendapat tempat ke-4 untuk pakaian paling cantik. Pemenang tempat pertama hingga ke tiga semua lelaki. Ramai sungguh lelaki segak di sekolahnya. Sampai ke malam anak daraku ini asyik senyum aje. Mamanya pun sama...

Tuesday, September 14, 2010

10 Tahun Telah Berlalu

2 syawal (11 Sept 10), Bagan Datuk, Perak

Detik yang terlalu sukar ku lupakan. Semoga kakak ku bersama keluarganya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Friday, September 3, 2010

Rezeki Ramadhan Al Mubarak

Salam,
Alhamdulillah, memang benar bulan ini bulan rezeki. Bukan hanya rezeki duniawi tetapi juga rezeki untuk dibawa ke akhir nanti. Perniagaan hamperku, Alhamdulillah. Paling menyeronokkan syarikatku akhirnya menjadi pembekal secara rasmi kepada salah satu organisasi yang gah di negeri bersejarah ini. Syukur.

Banyak aktiviti yang aku lakukan... dan aku raya hidup lebih teratur dalam bulan Ramadhan ini. Rasa lebih tenang, lebih gembira walau pun segalanya serba sederhana sahaja. Harap ini situasi ini akan berterusan selepas Ramadhan.