Tuesday, February 23, 2010

Baju Bunga



Salam,

Penampilan yang elegant! Ramai wanita sukakan gaya yang begitu. Nampak lebih berkejaya dan up to date. Tak kurang juga sukakan gaya yang simple. Malah tetap ramai juga yang sukakan gaya yang bersahaja. Gaya Bersahaja? Ada ker gaya bersahaja dalam berpakaian? Ada. Jawapannya...capai apa sahaja!

Ada wanita tidak hanya suka pada satu gaya...itu dinamakan suka bergaya-gaya! Apapun wanita memang suka bergaya kalau ada peluang! Itu lumrah.

Pagi ini, atas satu urusan saya ke J2. Selesai urusan, saya pun balik...banyak perkara yang perlu dilakukan. Semasa menuruni escalator ternampak kiosk yang dulunya saya juga ada memohon untuk berniaga disitu...tapi belum ada rezeki. Singgah kejap..saja tengok2..belek2..eh! Cantik baju ni...kainnyer pun sejuk ni...lagi2 musim panas ni, macam sesuai aje. Adik penjual tu pun kata cantik. Saiznyer pun ada.

ALAMAK...terbeli sudah!

Salam Bual Santai

Hai...salam perkenalan buat semua....

Hari ini entah macam mana...setelah balik dari melawat ibu mertua di Hospital Melaka jam 11 malam tadi...tiba-tiba terasa nak create blog baru. Ini blog yang ketiga....setelah 2 blog yang ada macam tak aktif....memang tak aktif pun!

Terasa banyak perkara ingin dikongsikan bersama....lebih-lebih lagi sejak meninggalkan kerja yang masuk 8 keluar 5...

Tapi tak pe, kita warming up dulu. Idea Bual Santai atau BS sekadar untuk berkongsi pengalaman, idea, isu semasa atau apa sahaja yang agak ringan dan santai. Kalau ada perkara berat pun...akan disantaikan juga....paling tidak boleh 'santaikan' minda yang terganggu...

Ok la..jumpa lagi nanti. SM