Wednesday, June 16, 2010

OVARIAN CYST

Salam...
Hari ini Rabu 16 Jun 2010 (5.00 pm). Pembedahan pembuangan ovarian cyst.

Ovarian cyst sebenarnya satu penyakit yang biasa bagi kebanyakan wanita. Pada peringkat awal kebanyakan wanita tak perasan pertumbuhannya...

Tapi aku mungkin bernasib baik... Allah gerakkan rasa hati seperti ada yang tidak kena. In fact, this is my second time. Firt time kena, masa 4 month pregnancy...masa pregnantkan An-Nur Tasnim..anak bongsu dan satu-satunya anak dara kami. Masa tu ada rasa kurang selesa dibahagian ari-ari. Satu hari sewaktu berbual dengan emak over the phone tetiba jatuh pengsan... bawak klinik..scan..nampak ada cyst...3cm. After 2 days, gi HM warded terus operation (hari yang sama). Bila dikeluarkan cyst...10cm. Cepatnyer membesar. Tapi time tu doktor kata mesti dikeluarkan cepat sebab pregnant..kalau lambat takut cyst pecah...ganggu organ lain termasuk rahim and baby...implikasinya boleh bawa maut. Alhamdulillah dengan izin Allah selamat.

After 8 years, sekali lagi aku kena. Memang doktor pernah bagitau, kemungkinan boleh kena lagi. Semua doktor yang aku jumpa kata, penyakit ini semulajadi badan dan doktor nasihatkan makan EPO supaya perjalanan sistem keperempuanan kita lancar. Cyst ni sel yang tak matang...maksudnya sel baru yang rosak. So bila sistem kita tak lancar sel yang rosak ni tersangkut la kat mana-mana..macam aku, dia tersangkut kat ovari..tempat yang sama masa 1st time kena dulu.

Sakit ni sebenarnya aku dah rasa lama...hampir 3 bulan aku sakit pada bahagian ari-ari dan pinggang. Mungkin aku lasak sangat. Banyak outstation dan macam2 lagi. Lagi pun aku ni dah banyak kali operation termasuk bersalin. Kemuncaknya bila aku demam seminggu yang teruk diikuti sakit perut yang teramat sangat..baru pi check..bila scan dengan jelasnya nampak cyst 7.2cm...hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu...pas tu warded kat HM. Satu hari ajer. Doktor kata ok boleh tunggu lagi sebab tak berapa sakit...tapi tetap kena buat operation tak der pilihan lain. So 11 hb Jun next appointment. Aku pun siapkan beg pakaian lengkap macam orang nak bersalin...ingatkan kena operation...tup2 doktor kata operation theatre full paling cepat dalam 27 Julai baru boleh operation. So doktor pun booking tarikh 27hb admit, 28hb operation.... lagi sebulan lebih...Aku ingat ok la... tak der la kritikal kot...pas tu sempat plak buat pap smear...ni penting sangat untuk wanita...dan jangan lupa ambil vaksinnya sekali, kerana kanser servik pembunuh kedua wanita....Na'uzubillah.

Aku juga dinasihatkan jangan stress sebab ia boleh buat cyst lebih cepat membesar...
Esoknya 12 hb... dah mula sakit lebih sikit...kawan2 suruh check semula.Tapi aku tak buat apa. Macam boleh tahan dan rehat ajer kat rumah. Pas tu 3 hari aku sakit langsung tak leh jalan...sakit yang teramat sangat di bahagian pinggang dan ari2 sebelah kanan. Semua doktor yang check aku memang nampak cyst di ovari kanan accept kawan kembar aku kata nampak bengkak disebelah kiri dan Doktor metafizik (juga cuba alternatif) kata nampak ada cyst disebelah kiri tapi agak kecil dan satu lagi disebelah kanan yang besar!

Akhirnya, kawan2 baik ku yang aku panggil En Rizal dan Che Ju ajak Mansor (husband aku la tu) kuar malam tu. Rupa2nya dorang suruh pujuk aku gi hospital...so esoknya aku pun gi Hospital...Hospital Pantai...doktor scan cyst tu dah almost 11cm...di ovari kanan. Emergency...kritikal dan terus warded..dan operation petang tu jugak..masuk OT lebih kurang jam 5 petang....kuar jam 8.30 malam...Doktor kata dah jadi radang...Na'uzubillah...takut nak sebut.

Keputusanyan...rupanya cyst tu tumbuh di ovari kiri (ia terpusing kesebelah kanan...tu pasal bila scan semua nampak sebelah kanan) dan ovari pun rosak serta lebih besar daripada cyst...dan tiub fallopian pun rosak....semua doktor buang...So apa yang u all tengok gambar dan video..itu lah dia...sedihnya. Kandungan dalam cyst tu fat, rambut dan tulang. Doktor kata nasib baik itu kandungannya..kalau lain kemungkinan kanser. Alhamdulillah, Allah amat menyayangi hambanya ini. Peringatan kepada ku...Tapi nasib baik ada satu lagi ovari. Doktor suruh jaga baik2. Macam mana la agaknya nak jaga dengan baik....

Kini aku semakin baik...syukur kehadrat Ilahi...aku redha dan kupohon supaya kesihatanku bertambah baik dan dijauhkan segala penyakit. Takutnya aku menghadapinya....

Apapun terima kasih pada semua...tidak terucap dengan kata2...Semoga Allah membalas jasa kalian. Amin.


Sunday, June 6, 2010

Urus Wang Anda Dengan Bijak

Sejak akhir-akhir ini, kita disajikan di dada-dada akhbar bahawa ekonomi semakin baik, pertumbuhan ekonomi negara positif, ringgit kukuh dan macam-macam lagi. Namun yang memelikkan mengapa di saat ekonomi negara dikatakan sangat baik dan bertumbuh dengan pesat, timbul isu untuk mengurangkan subsidi minyak. Ini yang buat kita keliru....

Masyarakat plak ramai yang mengeluh. Rata-rata ramai yang mengalami masalah kewangan yang meruncing...perbelanjaan melebihi pendapatan. Puas pusingkan duit...tutup ni...terbukak plak kat sana...nak tutup kat sana...alamak tak cukup pulak. Barang dapur wajib beli...belanja anak..tak kan tak bagi...kereta kena tuang minyak jugak...tak kan nak pakai motor...anak-anak ramai nak hantar ke sekolah. Bil pun kemain banyak...tak bayar kang gelap plak rumah ni...tak kan nak mandi kat sungai...sungai yang ada pun kalau pi mandi alamat la kulit jadik kulit biawak.......tak ke haru biru...pening-pening....

Dalam keadaan gitu cuba tips kewangan ini :-

Bijak wang dan bijak berbelanja

Menggunakan satu template kewangan untuk mengawal aliran keluar masuk kewangan dan perbelanjaan secara berterusan. Cara ini dapat mengelakan dari kesilapan dalam imbangan pendapatan dan perbelanjaan. Oleh itu anda akan sentiasa tahu status kewangan anda.

Rancang dengan teliti.

Jika anda ingin membeli sesuatu barangan contohnya Peti Ais berharga RM2,000.00. Apa yang patut anda buat ialah menyimpan setiap bulan RM200.00 hingga cukup jumlah RM2000.00 baru beli. Tidaklah lama cuma 10 bulan sahaja. Tetapi jika anda berhutang anda terpaksa membayar ansuran setiap bulan + jumlah interest, disini anda akan rugi banyak wang. Disamping itu ia akan menambah urusan atau menyibukkan anda setiap bulan.

Tips penggunaan kredit kad

Sebenarnya anda hanya perlu ada satu Kredit Kad sahaja. Jika anda mempunyai dua atau tiga Kredit Kad sebenarnya anda telah buat silap. Oleh itu tutup dua lagi Kredit Kad tersebut sebelum masalah hutang anda jadi bertimbun. Kesilapan menggunakan kredit kad boleh menyebabkan anda menjadi bankrup, sebab interest bagi hutang tersebut sentiasa naik dan jika anda bayar sedikit sahaja kemungkinan anda hanya membayar jumlah interestnya sahaja, tidak termasuk hutang sebenar.

Cara yang selamat menggunakan kredit kad ialah dengan menggunakan satu kredit kad sahaja, bila digunakan anda perlu cepat-cepat bayar semula. Jika nilai kredit RM5000 Pastikan jumlah ini sentiasa penuh. Kalau anda berbelanja 4000 sekalipun pastikan anda dapat selesaikan sebelum tempoh sebulan atau dua bulan. Jika tidak mampu lebih baik jangan.
Anggaplah kredit kad sebagai kemudahan, nilai yang ada bukannya duit anda, ia hanya hutang. Jika silap langkah anda akan menanggung masalah.

Elakkan dari berhutang.

Gunakan template BijakBudget untuk menyelesaikan hutang yang sedia ada sedikit demi sedikit sehingga langsai semuanya. Elakan dari menambah hutang, kerana dengan berhutang anda sebenarnya mengundang masalah kepada diri anda sendiri. Jika gaji anda RM4000,00 tetapi setiap bulan anda terpaksa membayar hutang dimerata-rata tempat, gaji bersih selepas tolak hutang tinggal RM900.00 sahaja. Inilah sebenarnya kenapa ramai individu merasa kesesakan. Cuba anda bayangkan jika anda tidak punya hutang dan mendapat gaji penuh RM4000.00 tentulah anda merasa lapang.

Ada juga individu yang suka-suka buat personal loan. Jumlah yang dipohon RM10,000.00. Kemudian bayar balik secara ansuran + Interest 5.85% x 7 tahun, jumlah interestnya ialah RM4,112.00 Disini anda telah membuang duit sebanyak RM4,112.00 begitu sahaja. Oleh itu lebih baik anda menabung RM200.00 sebulan. Bila cukup RM5000.00 anda boleh berbelanja RM1000.00 pada bila-bila masa, dan bakinya masih ada RM4000.00 lagi. Kan best macam tu. Selepas berbelanja penuhkan semula tabung agar jadi RM5000.00

sumber : Bijak Wang