Wednesday, February 24, 2010
3x3x3 to 4x4x4
Ini anakku yang sulung. Muhammad Al Amin, nama yang terpilih untuknya. Kami kahwin masa Tahun 2 di universiti. Hanya setelah tahun akhir barulah aku mengandungkan Al Amin....Al Amin lahir secara pembedahan dan dia mengalami komplikasi. Ada pendarahan di otaknya. Tapi syukurlah, minor sahaja. Tapi doktor kata perlu treatment yang berterusan, kalau tidak ada risiko..risiko pembesaran dan pertumbuhan fizikal dan mental. Na'uzubillahminzaliq. Syukurlah Al Amin dapat melepasi saat getir itu...
Kini, usianya mencecah 14 tahun. Alhamdullillah, tahap kesihatannya baik. Malah sekarang lebih besar daripada mama dan abahnya. Saiz baju pun dah sama. Cuma sekarang ni dia amat suka menyakatku...ni yang selalu buat aku geram! Biasalah mulut aku ni amat aktif, maklumlah dulu masa di sekolah selalu masuk pidato, syarahan, sajak, pantun dll. Jadi sekarang tak der peluang lagi so aku 'praktislah' kat rumah...
Salah satu minat Al Amin sejak Form 1 adalah bermain kiub. Mulanya 3x3x3. Success! Dia dapat menyusun semua warna serentak. Dan sekarang 4x4x4. Juga berjaya. Baru2 ni aku ada ternampak kiub 5x5x5. Kalau dia nampak pastinya kena pau la duit aku. Tapi biasa la..50 50. Apa pun aku amat bersyukur kepada Allah yang telah memberikan segala-galanya. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment