Tuesday, March 23, 2010

English Sure 'Boleh'

Bertemu kembali,

Aku ada berita baik untuk semua. Pada 15 dan 16 Mei 2010 ini, kami akan menganjurkanProgram 'English Sure Boleh', khas untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 3. Program ini memang best! Ia bukanlah teknikal sangat tapi program yang boleh menghilangkan atau mengurangkan rasa takut, malu atau fobia pada Bahasa Inggeris dan dalam masa yang sama membangkitkan keyakinan bahawa Bahasa Inggeris itu amat mudah dipelajari. Pengisian amat mantap. Pelajar pasti seronok dan menyedari bahawa mempelajari Bahasa Inggeris itu tindaklah sesukar mana. Penceramahnya...pasti la kami pilih yang terbaik, yang mana memang amat berpengalaman dalam bidang ini. Jadi, kali ini program ini akan diadakan di Melaka. Negeri yang terindah seantero Malaya....

Tarikh tutup 7 Mei 2010. Penyertaan amat terhad. Jadi jangan lepaskan peluang, hubungi kami segera sekiranya rakan-rakan sekalian ada anak atau anak buah atau sepupu atau jiran atau sesiapa sahaja yang berminat.

Saturday, March 20, 2010

TUAN TANAH KEDAUNG

Salam,

Lama tak ketemu di arena ini.....

Alhamdulillah masih ada kesempatan...petang ni rasanya terlalu banyak perkara, pengalaman atau cerita yang nak dikongsikan bersama. Mana satu nak start dulu ye... Tiba-tiba teringat perjumpaan aku dengan kengkawan tempohari...Kengkawan ni, kengkawan yang amat special, apa tidak nyer susah senang bersama, tawa tangis bersama, buat lawak tak terhingga, waktu serius pun tak terkira.

Waktu ni kami tengah dok bincang..maklumlah kami ni Tuan Tanah Kedaung. Kami ni ada la membeli berbidang-bidang tanah. Masa baru beli excitednyer bukan kemain. Macam-macam nak buat, macam-macam nak tanam. At last tak buat apa2 sampai la tanah tu jadi hutan dara balik. Macam2 ada. Sebut nak pokok apa atau nak tengok haiwan apa semua ada. Ada yang melompat, bergayut dan tak kurang juga yang menyondol. Alamak ngerinya....

Apa-apa pun aku cukup bersyukur kerana menjadi salah seorang tuan tanah tu. Persahabatan kami juga semakin erat. Terima kasih Abg Man...penghulu kami....En Ju..pengerusi kami...Abg Mie penyeri kami...Kak ila n Abg Ali...pelengkap kami...Yalong partner yang baru dikenalkan...dan aku...aku apa yek....apa-apa la. Terima kasih...