Kini masuk bulan kelima ibu mertua ku pulang ke rahmatullah. Nampaknya bapa mertuaku yang ku panggil babah semakin boleh menerima ketiadaan ibu mertuaku. Banyak masa terluangnya diisi dengan perkara-perkara yang pasti mengembirakan mak sekiranya dia masih ada. Pokok anggur yang ditanam oleh mak dijaga dengan baik dan kini telah mula berbuah. Begitu juga dengan mangga, pokok bunga, jambu dan lain-lain lagi. Babah juga telah mula menjaga kebunnya yang penuh dengan tanaman kesukaan mak. Hasilnya disedekah kepada jiran tetangga yang sebahagian besarnya adalah sedara maranya.