Thursday, November 26, 2015

Assalamualaikum....

Setelah sekian lama, tetiba tadi ternampak seseorang membuka blog ku....
Ohhh....
Bertahun aku menghilang, dan blog ini juga menghilang dalam ingatan ku....
Kenangan demi kenangan mengimbau semula...manis, pahit semua terasa...
Terlalu banyak rasanya ingin ku kongsikan bersama..tetapi buat masa ini satu pun tak dapat ku coretkan....
aahhhhh...

Thursday, November 15, 2012

Assalam semua,

SELAMAT TAHUN BARU 1434 HIJRAH

Lamanya saya tidak menjenguk ke blog saya ni...rindu la pulak. Sejak dua menjak ni saya agak sibuk, maklumlah saya telah kembali bekerja sepenuh masa. Alhamdulillah, masih ada rezeki untuk mendapat pekerjaan. Syukur kepada Allah. Semoga semua insan yang membantu mendapat keberkatan dan kemudahan sepanjang hidup mereka sekeluarga. Amin.

Dah lama tak menulis ni, rasa kekok la pulak..tak tau mana nak start ...Anyway, rasa excited nak menulis kembali ni bila tadi dapat buat hobi yang telah lama tidak berkesempatan...bukan apa pun.... gardening...seronok sangat...

Inilah hasilnya...


                                                               1 Muharam 1434 Hijrah

Friday, November 19, 2010

Aidiladha 1431

Salam Aidiladha buat semua..

Hari Raya Aidiladha kembali lagi, syukur kami masih dapat meraikannya. Namun, kali ini pertama dalam sejarah hidupku meraikan hari raya ini di rumah sendiri tanpa bersama orang tua ku. Kebiasaannya, setiap kali raya haji ini, memang giliran menyambutnya bersama ibu bapa ku. Cuma kali ini atas sebab yang tidak dapat dielakkan kami hanya beraya sendirian. Mertuaku juga tiada...ibu mertua telah kembali ke rahmatullah manakala bapa mertua pula 'balik ke bandar' beraya bersama ipar duaiku disana. Awalnya memang kami merancang untuk beraya bersama di bandar kerana rumah ibu bapaku tidak jauh dengan kediaman ipar duaiku tapi seperti ku katakan tadi, kami hanya merancang, Tuhan yang menentukan.

Aku memasak ala kadar sahaja. Cukup untuk merasakan hari ini adalah hari raya...rendang ayam (resepi ibu mertuaku) dan ketupat segera. Selepas solat raya kami ke rumah bapa mertua ku kerana ada 2 orang adik ipar bujang yang menjaga rumah. Setelah siap menyediakan juadah, aku ke rumah makcik suami ku yang ku panggil mak long yang terletak bersebelahan dengan rumah mertuaku. Terasa juga suasana hari raya, kemudian atas jemputan teman baikku, aku ke rumah ibunya di Telok Mas. Seronok rasanya, sambil makan ketupat dengan sambal udang pucuk tauhu kami berbual panjang. Lebih kurang jam 12.00 tgh kami pulang ke rumah kerana ada tetamu yang hendak datang. Tapi tunggu punya tunggu...tak muncul2.

Serba ringkas kami meyambut hari raya ini. Walau apapun kami tetap bersyukur...

Thursday, September 30, 2010

Anak-anakku

Baru-baru ini sekolah agama anakku mengadakan majlis sambutan hari raya. jadi, pelajar diminta memakai baju raya ke sekolah. Dua orang anakku pun sibuk bersiap dan sempat bergambar dengan gaya tersendiri.


An-Nur Tasnim


Muhammad Al-Akmal


Adik n Abang

Amboi!


Gambar ini diambil setelah Tasnim sampai di rumah dengan berita gembiranya. Dia mendapat tempat ke-4 untuk pakaian paling cantik. Pemenang tempat pertama hingga ke tiga semua lelaki. Ramai sungguh lelaki segak di sekolahnya. Sampai ke malam anak daraku ini asyik senyum aje. Mamanya pun sama...